Good Question.
Ni soalan yang mmg ramai orang tanya.
Bila berkait dengan masalah luaran mcm kurap, sporo, sakit mata, dia sebabkan oleh “agent” luaran iaitu jangkitan dari parasite/kulat spt mite, flea, etc. Masalah ni tak akan hilang selagi agent tu kita tak matikan walaupun bergalen2 vitamin bulus kita tu telan. Walaupun ada ubat oral utk anti-kulat, tp haiwan ni susah nak bagi makan. Jadi cara paling cepat adalah kita guna spray anti-fungal terus ke kawasan bermasalah.
Vitamin tak boleh matikan agent-agent tadi. Tapi penting dalam mengekalkan kesihatan keseluruhan dan meningkatkan sistem imun. Sistem imun yang kuat boleh membantu kucing melawan jangkitan dengan lebih berkesan. Walaupun vitamin sahaja mungkin tidak merawat jangkitan kulat secara langsung, ia boleh menyokong overall well-being and enhance their ability to combat the infection.
In some cases, gabungan kedua-dua pendekatan mungkin bermanfaat. Guna spray kulat untuk hapuskan jangkitan sambil bagi kucing vitamin yang sesuai untuk menyokong sistem imun mereka can create a well-rounded treatment plan.