PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan : PERLU & TAK PERLU…

PERLU sekiranya:

Kucing anda mempunyai masalah kulit sebagai contoh rawatan untuk merawat penyakit kulit kucing anda adalah dengan menggunakan shampoo berubat, jadi tentulah nak tak nak kena mandikan kucing, kalau tak mandi macam mana pula nak guna shampu tersebut. Contoh penyakit kulit yang memerlukan anda memandikan kucing adalah masalah fungus.
Kucing anda mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya berbau busuk. Sebagai contoh kucing yang mengalami masalah saraf, yang gagal mengawal proses pembuangan air kecil (kencing) dan pembuangan air besar (berak), ini menyebabkan kucing berbau busuk kerana terkena najis.
Kucing anda dalam keadaan kotor, contohnya baru jumpa, atau mungkin kucing anda bermain di luar badannya dipenuhi kotoron.
Kucing dalam keadaan kotor , berbau dan tidak selesa, senang kata bila kucing anda kotor & berbau dan bila bila yang di rasakan perlu lah

TAK PERLU sekiranya:

Kucing anda berada sepenuhnya di dalam rumah, bebas dari sebarang kotoran, serta kucing anda dalam keadaan sihat dan bersih.
Tambah pula bulu kucing anda dalam keadaan baik dan sihat, dan kucing anda tiada masalah mulut berbau.
Sebagai contoh kucing saya Felix tu, setahun adalah 2-3 kali je mandi hehe nama je kucing vet πŸ˜› tapi kalau tak perlu mandi buat apa nak mandi ye tak?

SOALAN 2 : BERAPA KERAP NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan : Bagi saya mandikan kucing SEBULAN SEKALI tanpa keperluan kesihatan dah kira KERAP apatah lagi kalau mandikan kucing setiap minggu.
Yang mandikan setiap hari tu … Wow saya tabik pada anda gigihnya.
Bila saya kata MANDI ni – maksudnya mandikan kucing , iaitu basahkan badan kucing dengan air, shampoo kan & keringkan β€” bukan setakat jirus jirus gitu je atau lap lap dengan wet towel la apa la ye
ini termasuk juga anda hantar β€œGROOMING” ke pusat kecantikan kucing, atau groomer atau klinik
Saya secara peribadi tidak menyokong & tidak menggalakkan aktiviti memandikan kucing setiap minggu (apatah lagi setiap hari ) ini kerana perbuatan anda ni bukan sahaja menyebabkan kucing anda STRESS, malah boleh menjadikan BULU TIDAK SIHAT.
Tahukah anda dibawah permukaan kulit kucing ada minyak yang memelihara bulu kucing.
Setiap kali anda mandikan kucing, tanpa sengaja anda flush out/singkirkan minyak tersebut dan tak silap saya ia mengambil tempoh 24-48jam untuk terbentuk semula. So u do the math la kalau mandikan once a week πŸ™‚
sebabtu kalau anda perasan, kebanyakkan ubat kutu (yang mendapat kebenaran) yang jenis spot-on tu, syarat dia kucing tak boleh mandi 2 hari sebelum dan selepas?
Perasan tak?
haa kalau tak perasan … tak pernah guna la tu…. hehe gurau je
Actually ini lah logiknya disebalik arahan tersebut.
ingat tak kalau dlm bilik consultation, bila VET anda letak ubat kutu, anda akan tanya β€œDr letak kat situ je ke?” atau ” Camne dia bunuh kutu kalau letak kat tengkuk je”
pastu VET jawab β€œnanti dia tranlocate sendiri guna cecair bawah kulit ke seluruh badan dlm tempoh 24-48 hrs”
so inilah cerita belakang tabir πŸ™‚ ,
opps dah cerita fasal ubat kutu plak.
ok back to the point semula
Kebanyakkan Feline Expert beranggapan if your cat healty and fully indoor no reason untuk mandikan – if nak mandikan 2 tahun sekali pun dah ok.
Kenapa ek?
sebab selain tidur 2/3 dari aktiviti seharian , aktiviti ke dua yang kucing suka buat ialah GROOMING

Leave a Reply